Wednesday, 2 July 2014

Pembangunan Pondok Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah 1











Sumbangan

Untuk menampung keperluan pengurusan dan kos pembangunan pondok pengajian ini, pihak pengurusan Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah bergantung sepenuhnya kepada dana dan sumbangan orang ramai. Orang ramai samada secara individu atau berkumpulan, kerajaan atau swasta boleh berbuat demikian menerusi pelbagai program yang dianjurkan atau diusahakan oleh pihak Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah antaranya:

Sumbangan dana Kewangan
Kami mengalu-alukan sumbangan dana baik berbentuk derma, sedekah dan sebagainya dari semua pihak, samada swasta, kerajaan dan orang ramai. Sumbangan ini boleh dibuat melalui petugas yang dilantik atau di “Bank in” terus ke dalam akaun Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah.

Program Wakaf
Jualan Wakaf Tanah
Jualan bagi  lot tanah dengan harga RM20 ringgit/kaki persegi.

Wakaf Pondok Bujang 
Disamping jualan wakat lot tanah, pihak kami juga menawarkan kepada dermawan program wakaf pondok dimana para dermawan boleh memberi wang sebanyak RM4,000/- untuk menyiapkan sebuah pondok pelajar dan mewakafkan kepada pihak Ad Dirasah Ad Diniah as Salamiah. Program ini boleh disertai secara individu atau dalam kumpulan.

Wakaf Pondok Kelamin 
Disamping Wakaf pondok Bujang, pihak kami juga menawarkan kepada dermawan program wakaf pondok Kelamin dimana para dermawan boleh memberi wang sebanyak RM18,000/- untuk menyiapkan sebuah pondok pelamin dan mewakafkan kepada pihak Ad Dirasah Ad Diniah as Salamiah. Program ini boleh disertai secara individu atau dalam kumpulan.

Wakaf Material
Disamping itu, pihak kami juga menerima wakaf dalam bentuk meterial seperti pasir, batu, simen, cermin tingkap,kipas angin, aircond dan sebagainya atau perabot seperti almari, kerusi dan meja. Orang ramai boleh berhubung terus dengan pihak Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah bagi menyertai program ini.

Menganjurkan Program-program
Dalam usaha mencari dana pihak ahli jawatankuasa merancang menganjurkan pelbagai program antaranya program pengajian kilat ilmu-ilmu Islam, program membesarkan syiar-syiar Islam seperti Sambutan Maulid Rasul, Maal Hijrah, Majlis bersama ulama, Majlis Zikir dan sebagainya.

Program Jualan Produk
Pihak Ad Dirasah turut merancang menerbitkan pelbagai produk seperti CD dan DVD pengajian, buku, kalendar dan sebagainya untuk tujuan jualan. Disamping itu pihak Ad Dirasah juga menjalinkan hubungan dengan pengusaha produk-produk Muslim dimana sebahagian daripada hasil jualan produk-produk ini akan di sumbangkan kepada dana pembangunan Ad Dirasah Ad Diniah secara tetap.

Diharap usaha murni ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan Allah, kepada-Nya jualah tempat kita semua berharap dan memohon pertolongan. Semoga cita-cita untuk mewujudkan generasi alim ulama yang beramal dan para pendakwah yang dapat menyebarkan agama Allah dapat dikongsi kita bersama dalam apa jua bentuk  pertolongan, kepada-Nya jualah kami berserah diri.

Sunday, 29 June 2014

Tapak Pembangunan Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah


Alhamdulillah akhirnya setelah beberapa lama bersusah payah dengan pelbagai rintangan akhirnya tapak bagi pembangunan Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah telah ditemui. Lokasinya adalah di  Lot 31, 32 & 33, Langgar, Mukim Bujang, Kuala Muda, Kedah Darul Aman dengan keluasan 2.5 ekar. Semua urusan jual beli tanah dan pemilikan telah diselesaikan sekitar bulan Disember 2013. Terima kasih kepada semua dermawan yang menghulurkan bantuan selama ini. Semoga ianya menjadi amal yang berkekalan hingga ke hari akhirat. Semoga tuan-tuan akan terus menyokong dan menyumbang untuk pembangunan pusat ini dimasa-masa yang akan datang, insya Allah. Wallahuaalam.








Ziarah ke Pondok Ad Dinniah al Ismailiyah, Kg Paya Jauh, Temerloh, Pahang



Lawatan kerja ini bertujuan menimba pengalaman dari jawatankuasa pondok Ad Diniah Al Ismailiyah Kampung Paya Jauh Pahang dalam membangunkan pondok tersebut bagi dijadikan model model pembangunan pondok Ad Dirasah Ad Diniah as Salamiah . Rombongan disertai oleh mudir Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Ustaz Rusli Jamaudin, Encik Abdullah (Setiausha) dan dua orang AJK Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah iaitu Ustaz Hashim dan Encik Ban


Rombongan bertolak sekitar pukul 7.30pg dari Sungai Petani dan sampai ke pondok ad Diniah Al Ismailiyah sekitar 4.00 petang. Rambongan kami disambut oleh ahli jawatankuasa Pembangunan Pondok Ad Diniah Al Ismailiyah yang diketuai oleh En Yani dan dibawa melawat sekitar pondok dan diberi penerangan oleh En Yani dan ahli jawatankuasa yang lain tentang pengalaman beliau dan AJK yang lain dalam membangunkan pondok tersebut.





Setelah selesai sesi penerangan dan ramah mesra dengan mudir Ad Diniah Al Ismailiyah, Ustaz  Che Mahmood Bin Che Mat serta bergambar kami berangkat pulang ke Kedah sekitar pukul 7.00 malam dan tiba di Sungai Petani sekitar jam 3pagi. Hasil lawatan ini member inspirasi yang amat bermakna buat kami dalam usaha kami membangunkan pusat pengajian Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah ini.






Terima kasih tidak terhingga kami kepada mudir, Ustaz  Che Mahmood Bin Che Mat, En Yani dan seluruh ahli jawatankuasa pondok Ad Diniah Al Ismailiyah
yang sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih juga diatas perkongsian maklumat, pengalaman, nasihat, pandangan yang tulus ikhlas yang akan kami jadikan pedoman dalam usaha kami membangunkan pusat ini nanti. Semoga Allah membalas kebaikan ini dan menjadi amalan berkekalan dari dunia bawa ke akhirat.
Bergambar kenangan dengan AJK Pondok Ad Dinniah al Ismailiyah, Kg Paya Jauh, Temerloh, Pahang

Friday, 20 June 2014

Pertanyaan



Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
0195737014 Ustaz Rusli Jamaudin (Mudir)
0173869412 Abdullah (Setiausaha)
0194160060 Cikgu Ariff (Bendahari)

Blog: ad dirasah.blogspot.com
Facebook: ad dirasah ad diniah as salamiah
Email: addirasahaddiniah@gmail.com

Alamat Surat Menyurat:
Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah
No 333 - Jalan Semarak 1/3, Taman Semarak,
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Alamat Tetap:
Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah
Lot 31, 32 & 33, Langgar,
Mukim Bujang, Kuala Muda,
Kedah Darul Aman

Sumbangan
02020002592717 (Bank Muamalat)

Profil Mudir

Pendidikan & Pengalaman:
Ustaz Rusli Jamaudin
Ustaz Rusli Jamaudin berasal dari Teluk Intan, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang, Sungai Manik, Perak. Kemudia meneruskan peringkat menengah ke Madrasah Darul Aitam, Temoh Perak. Seterusnya menyambung pengajian ke Kelantan, berguru dengan Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah, Pondok Lubuk Tapah, Kelantan. Setelah beberapa tahun di Pondok Lubuk Tapah, beliau meneruskan pengajian ke Pondok Bendang Padang, Patani, Thailand dibawah bimbingan Tuan Guru Hj Abdullah B Idris Al Jarumi selama sembilan (9) tahun. Dari Patani, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman dibawah asuhan Habib Omar Bin Salim dan beberapa guru dikalangan ulama Yaman selama lima (5) tahun.  Sekembalinya dari Yaman, beliau bergiat aktif menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada masyrakat Islam sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Selangor melalui kuliah dan ceramah-ceramah. Disamping sebagai Mudir dan Pengerusi, beliau juga merupakan tenaga pengajar utama di Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah yang beliau bangunkan semenjak Januari 2011.