Untuk
menampung keperluan pengurusan dan kos pembangunan pondok pengajian ini, pihak
pengurusan Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah bergantung sepenuhnya kepada dana
dan sumbangan orang ramai. Orang ramai samada secara individu atau berkumpulan,
kerajaan atau swasta boleh berbuat demikian menerusi pelbagai program yang
dianjurkan atau diusahakan oleh pihak Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah
antaranya:
Sumbangan
dana Kewangan
Kami
mengalu-alukan sumbangan dana baik berbentuk derma, sedekah dan sebagainya dari semua pihak, samada swasta,
kerajaan dan orang ramai. Sumbangan ini
boleh dibuat melalui petugas yang dilantik atau di “Bank in” terus ke dalam
akaun Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah.
Program
Wakaf
Jualan Wakaf Tanah
Jualan
bagi lot tanah dengan harga RM20
ringgit/kaki persegi.
Wakaf Pondok Bujang
Disamping
jualan wakat lot tanah, pihak kami juga menawarkan kepada dermawan program
wakaf pondok dimana para dermawan boleh memberi wang sebanyak RM4,000/- untuk
menyiapkan sebuah pondok pelajar dan mewakafkan kepada pihak Ad Dirasah Ad
Diniah as Salamiah. Program ini boleh disertai secara individu atau dalam
kumpulan.
Wakaf Pondok Kelamin
Disamping Wakaf
pondok Bujang, pihak kami juga menawarkan kepada dermawan program wakaf pondok Kelamin
dimana para dermawan boleh memberi wang sebanyak RM18,000/- untuk menyiapkan sebuah
pondok pelamin dan mewakafkan kepada pihak Ad Dirasah Ad Diniah as Salamiah.
Program ini boleh disertai secara individu atau dalam kumpulan.
Wakaf Material
Disamping itu, pihak kami juga menerima
wakaf dalam bentuk meterial seperti pasir, batu, simen, cermin tingkap,kipas
angin, aircond dan sebagainya atau perabot seperti almari, kerusi dan meja.
Orang ramai boleh berhubung terus dengan pihak Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah
bagi menyertai program ini.
Menganjurkan Program-program
Dalam usaha mencari dana pihak ahli jawatankuasa
merancang menganjurkan pelbagai program antaranya program pengajian kilat
ilmu-ilmu Islam, program membesarkan syiar-syiar Islam seperti Sambutan Maulid
Rasul, Maal Hijrah, Majlis bersama ulama, Majlis Zikir dan sebagainya.
Program Jualan Produk
Pihak Ad Dirasah turut merancang
menerbitkan pelbagai produk seperti CD dan DVD pengajian, buku, kalendar dan
sebagainya untuk tujuan jualan. Disamping itu pihak Ad Dirasah juga menjalinkan
hubungan dengan pengusaha produk-produk Muslim dimana sebahagian daripada hasil
jualan produk-produk ini akan di sumbangkan kepada dana pembangunan Ad Dirasah
Ad Diniah secara tetap.
Diharap
usaha murni ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan Allah, kepada-Nya jualah tempat kita semua berharap
dan memohon pertolongan. Semoga cita-cita untuk mewujudkan generasi alim ulama
yang beramal dan para pendakwah yang dapat menyebarkan agama Allah dapat
dikongsi kita bersama dalam apa jua bentuk
pertolongan, kepada-Nya jualah kami berserah diri.
No comments:
Post a Comment