Ad Dirasah Ad
Diniah As Salamiah adalah sebuah pusat pengajian ilmu-ilmu Islam secara
traditional (sistem pondok). Pusat ini secara rasminya dibuka pada Januari
2011. Kini pusat pengajian ini beroperasi di bangunan sementara di No.333 -
Jalan Semarak 1/3, Taman Semarak, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pusat
ini di tubuhkan dengan hasrat melahirkan generasi ulama dan umat Islam yang
berilmu, beramal dan seterusnya mengembangkan Islam keseluruh pelusuk dunia.
Pusat ini
menekankan aspek pengajian ilmu-ilmu Islam secara talaqi (berdepan dengan guru)
bagi mendapat keberkatan dan kesucian kefahaman (sanad) ilmu-ilmu Islam.
Disamping mempelajari syarah kitab, pelajar turut ditekan kan aspek hafazan
matan-matan bagi setiap mata pelajaran yang diikuti. Kata hukama, “Barangsiapa
dapat memahami matan dengan terperinci maka ia akan mendapat satu kesenian di
dalam beberapa bidang ilmu”.
Berikutan kekangan
ruang dan bilangan pelajar yang semakin meningkat, pihak pengurusan pondok ini
telah membeli sebidang tanah berkeluasan 2.5 ekar di Lot31,32 dan 33 Langgar,
Mukim Bujang, Kuala Muda, Kedah dengan tujuan mengembangkan lagi pusat ini.
Pihak pengurusan pondok telah merancang pelbagai aktiviti bagi mendapatkan dana
bagi membiayai projek pembangunan ini dan harapan pihak pengurusan pondok ianya
akan mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi merialisasikan
impian dan hasrat yang murni ini, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment