Lawatan kerja ini bertujuan menimba pengalaman dari jawatankuasa
pondok Ad Diniah Al Ismailiyah Kampung Paya Jauh Pahang dalam membangunkan
pondok tersebut bagi dijadikan model model pembangunan pondok Ad Dirasah Ad
Diniah as Salamiah . Rombongan disertai oleh mudir Ad Dirasah Ad Diniah As
Salamiah, Ustaz Rusli Jamaudin, Encik Abdullah (Setiausha) dan dua orang AJK Ad
Dirasah Ad Diniah As Salamiah iaitu Ustaz Hashim dan Encik Ban
Rombongan
bertolak sekitar pukul 7.30pg dari Sungai Petani dan sampai ke pondok ad Diniah
Al Ismailiyah sekitar 4.00 petang. Rambongan kami disambut oleh ahli
jawatankuasa Pembangunan Pondok Ad Diniah Al Ismailiyah yang diketuai oleh En
Yani dan dibawa melawat sekitar pondok dan diberi penerangan oleh En Yani dan
ahli jawatankuasa yang lain tentang pengalaman beliau dan AJK yang lain dalam
membangunkan pondok tersebut.
Setelah selesai sesi penerangan dan ramah mesra
dengan mudir Ad Diniah Al Ismailiyah, Ustaz
Che Mahmood Bin Che Mat serta bergambar kami berangkat pulang ke Kedah
sekitar pukul 7.00 malam dan tiba di Sungai Petani sekitar jam 3pagi. Hasil
lawatan ini member inspirasi yang amat bermakna buat kami dalam usaha kami
membangunkan pusat pengajian Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah ini.
Terima kasih
tidak terhingga kami kepada mudir, Ustaz
Che Mahmood Bin Che Mat, En Yani dan seluruh ahli jawatankuasa pondok Ad
Diniah Al Ismailiyah
yang sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih juga
diatas perkongsian maklumat, pengalaman, nasihat, pandangan yang tulus ikhlas
yang akan kami jadikan pedoman dalam usaha kami membangunkan pusat ini nanti.
Semoga Allah membalas kebaikan ini dan menjadi amalan berkekalan dari dunia
bawa ke akhirat.
Rombongan
bertolak sekitar pukul 7.30pg dari Sungai Petani dan sampai ke pondok ad Diniah
Al Ismailiyah sekitar 4.00 petang. Rambongan kami disambut oleh ahli
jawatankuasa Pembangunan Pondok Ad Diniah Al Ismailiyah yang diketuai oleh En
Yani dan dibawa melawat sekitar pondok dan diberi penerangan oleh En Yani dan
ahli jawatankuasa yang lain tentang pengalaman beliau dan AJK yang lain dalam
membangunkan pondok tersebut.
Setelah selesai sesi penerangan dan ramah mesra
dengan mudir Ad Diniah Al Ismailiyah, Ustaz
Che Mahmood Bin Che Mat serta bergambar kami berangkat pulang ke Kedah
sekitar pukul 7.00 malam dan tiba di Sungai Petani sekitar jam 3pagi. Hasil
lawatan ini member inspirasi yang amat bermakna buat kami dalam usaha kami
membangunkan pusat pengajian Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah ini.![]() |
| Bergambar kenangan dengan AJK Pondok Ad Dinniah al Ismailiyah, Kg Paya Jauh, Temerloh, Pahang |
















Assalam. Ada pondok untuk wanita dewasa tak disana?
ReplyDelete